Jul 30 2007

proud to be a woman..=]

Published by yuriganarsis at 7:59 pm under Uncategorized

WANITA…

Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.
Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita.
Betapa bertuahnya menjadi wanita.
Bersyukurlah karena menjadi wanita.

Istimewanya Wanita :

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal
tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang
daripada bapak dan doa orang yang penyayang
tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik
daripada 70 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T.
dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang
makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan
kepada keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan
daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya
akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di
dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan
atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa
serta bertanggungjawab, maka baginya adalah
syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji
dengan se Suatu daripada anak-anak
perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu
bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya
akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-
pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-
ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit,
matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya dan
direkannya (serta menjaga sembahyang dan
puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada
Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar
haknya terhadap wanita? Jawab
baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap
lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W. "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu,
puasa bulan Ramadan, memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang
dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya
dalam urusan agama, maka Allah S.W.T.
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung
janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit
hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan
Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan
anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti
keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka
bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya
diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah
S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan
70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela
agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk
dari pada 1,000 lelaki yang jahat.

22. 2 rakaat sholat dari wanita yang hamil adalah
lebih baik daripada 80 rakaat sholat wanita yang
tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu kepada
anaknya daripada badannya (susu badan)akan
dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu
yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang
pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan
mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih
sayang dan suami yang melihat isterinya dengan
kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh
rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar
dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga
adab rumah tangganya akan masuk syurga 500
tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi
ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu
akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu
suaminya
dengan menunggang kuda yang dibuat daripada
yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan
oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia
hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun
pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang
dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu
dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum
dengan "bismillah", Allah akan berkatkan
rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir
akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di
baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala
berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala
beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala
70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan
pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala
haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari
selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati
syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun sholat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup
tempo(2 thn), maka malaikat-malaikat dilangit
akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

37. Jika wanita memberi susu badannya kepada
anaknya yang menangis, Allah akan memberi
pahala satu tahun solat dan puasa.

38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh
akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita
memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala
7 tola perak.

39. Wanita yang meninggal dunia dengan
keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

40. Jika suami mengajarkan isterinya satu
masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat
wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang
sendiri kepada wanita yang memberati auratnya
yaitu memakai purdah di dunia ini dengan
istiqamah.




Comments RSS

Leave a Reply